KUALA LUMPUR: Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.
Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.
Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui ‘Projek Presiden Mahathir’.
“Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini,” jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.
“Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari ‘Projek Mahathir’,” ujar Dr Chong.
Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an.
Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir.
Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum.
8 ulasan:
Biarkan saja RCI yang menyiasat mengenai perkara ini.
PM Datuk Najib telah meluluskan RCI di Sabah atas permintaan ramai rakyat Sabah. RCI pasti dapat menyelesaikan isu2 PATI di Sabah.
Disarankan Tun M berhenti membuat sebarang kenyataan.
Terlibat atau tidak kita tunggu saja RCI melakukan siasatan mengenai perkara ini.
siasatan akan dilakukan mengenal psti siapa yang terlibat.
jika sebelum ini, kebanjiran PATI di negeri ini adalah hasil dari projek Mahathir, sekarang kebanjiran PATI itu akan kian surut dibawah projek RCI Najib..
The oath of secrecy taken by former civil servants appointed to the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah will not affect the outcome of their investigations, the Dewan Rakyat heard yesterday.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said although they came under the Official Secrets Act, their job was to investigate and gather evidence.
Catat Ulasan