Ahad, 5 Ogos 2012

PKR mahu tembusi kampus sebar kempen ‘mansuh PTPTN’

 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memansuhkan Seksyen15 Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). 




PETALING JAYA: PKR hari ini melancarkan Kelab Mahasiswa PKR Malaysia, satu kelab partisan kampus bagi menarik minat pelajar universiti menyertai dunia politik secara aktif.

Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan cukai kereta dan rumah, serta peluang pekerjaan bagi graduan baru bakal menjadi agenda utama pergerakan kelab tersebut.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memansuhkan Seksyen15 Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terlibat atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Katanya, kesempatan itu akan diambil untuk masuk ke dalam kampus awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bagi berkempen dengan menawarkan manifesto PKR berkaitan isu mahasiswa.

“Ya kekuatan kita idealisme tapi kita perlu pastikan relevan dan berkaitan dengan isu mahasiswa.
“PKR akan ambil cabaran itu masuk setiap kampus tawarkan komitmen bagaimana kita boleh urus hutang PTPTN yang kita mahu mansuhkan memandangkan sistem ini tak lagi boleh diteruskan.

“Dalam masa yang sama mahu mengukur sejauh mana keikhlasan Barisan  Nasional (BN) semasa pindaaan AUKU diumumkan dengan tidak menghalang usaha kami ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Mahasiswa kuasa ketiga


Izzah berkata, mahsiswa menjadi golongan sasaran kerana mereka merupakan kuasa ketiga yang mampu menjadi pencetus suara rakyat dan ditakuti kerajaan BN.

“Isu mahasiswa bergabung dengan anasir komunis bukan dakwaan baru bila mereka nampak kuasa ketiga mampu menafikan kuasa mutlak BN.

“Dakwaan itu berulang sejak tahun 1975 hingga ke hari ini, tak berubah sepanjang zaman walau transformasi dilaungkan,” katanya.

Wakil kelab Haziq Abdul Aziz berkata, kelab tersebut akan bergerak bermula dengan Universiti Malaya (UM) dan kampus sekitar lembah Klang pada September depan.

Tiada ulasan: