Editor Buletin
KUALA TERENGGANU -
Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan
zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menabur fitnah dan
mengelirukan rakyat.
Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri
membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu
(YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah
kerana terlibat dalam demostrasi.
Keenam-enam mahasiswa yang
sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman
bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju BERSIH, ‘tanpa
dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.
Tindakan
menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri Datuk Hishamuddin Hussein yang mengharam kan BERSIH.
Sebaliknya
mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan
keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut
Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Hakim
Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam
Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu
sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan
pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.
Justeru
sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Terengganu ‘terbatal’ kerana demonstrasi BERSIH
adalah tidak salah di sisi undang-undang.
Sehubungan itu, pada
30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor
Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Kerajaan
negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman
pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang
sedang menuntut di negara Mesir
Beliau berkata, keputusan
kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang
menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang
dituduh sebagai 'haram dan kotor’.
Namun begitu, Umno-BN
Terengganu telah ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mempolitikkan
tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan
bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan
Terengganu.
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam
kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada
sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan
Terengganu itu.
Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut,
PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit
untuk melanjutkan pelajaran.
Menurut
Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang
mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada
pihak yang menamatkan pinjaman itu.
Bahkan kata Zaidan, dalam
beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang
menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che
Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat
rayuan.
Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah
berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perblenjaan
Muhamad Hasyim yang menunjut dalam jrusan perubatan.
Menurut
laporan, sebanyak RM170,000. daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan
bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.
Namun
begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN
memanupulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar
Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.
Akhbar-akhbar
dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan ‘kesukaran dan kepayahan’
Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.
Tidak
cukup sekadar itu, secepat kilat pula ‘blog-blog’ upahan Umno-BN
membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang
ramai kepada mahasiswa terbabit.
Sedangkan
menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3500 kepada setiap mahasiswa telah
pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.
“Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,”kata Zaidan.
[Gambar
- beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan
kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan
sejak program Pntas Pemuda di Manir pada Mac 2012]
Menurutnya,
DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak
bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung
Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban
mereka.
Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit
boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873
atas nama DANA TA'AWUN DPPNT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan