Rabu, 1 Ogos 2012

Isu Latheefa balik kepada PKR

 
Kerajaan negeri tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan membabitkan perkara ini. 




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata keputusan perletakan jawatan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Latheefa Koya itu perlu dibuat oleh biro politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kerajaan negeri tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan membabitkan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan negeri sudah mempunyai keputusan muktamad mengenai perletakan jawatan Latheefa.

Pada 26 Julai lalu, Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) menyerahkan isu perletakan jawatan Latheefa kepada kerajaan negeri untuk sebarang tindakan lanjut.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan juga Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata ini kerana surat perletakan jawatan itu hanya diserahkan kepada kerajaan negeri dan MBPJ.

Maka menurut Zuraida, MPN tidak boleh bertindak namun hanya menyatakan pendirian agar Latheefa mempertimbangkan semula perletakan jawatan sebagai ahli majlis.

Tiada ulasan: