TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan
malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan
Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat
Malaysia.
Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu. Pertama sekali, kekalahan beliau
akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita
tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini.
Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara
sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar? Harapan kita
Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara
langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari
kualiti Chong Wei.
Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada
menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei.
Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas;
seketika dicelah ketiak Bik mama. Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama
mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu
tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman
Khan satu ketika dahulu.
Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen
Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim.
Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke
London untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Maka riuh rendah di dalam
FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana.
Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa.
Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama.
Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik
mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di
dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat. Mengapa sampai begitu
sekali orang meluat dengan betina ini? Usah ditanya kepada para
penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun
mereka tahu jawapannya. yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu
menyelamatkan Chong Wei.
Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas
kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu
adalah penyokong MU. Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada
menonton. Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau.
Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena.
Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana
berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara. Cukuplah dengan Perak,
diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar
tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian
baru-baru ini. Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan
BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan
meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini. Di
negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat
kegagalan//wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan