Mebenarkan mengundi di luar negara
Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.
Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.
Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.
Akses yang adil kepada media
Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.
Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.
Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."
Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.
Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.
Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.
Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.
Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.
3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.
Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.
Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.
|
|
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan