Rabu, 24 Ogos 2011

Penduduk Metro Prima pohon jejantas pejalan kaki

Harakahdaily


KEPONG: Penduduk kawasan Metro Prima, Kepong telah berjaya mengumpulkan 1,000 tandatangan bagi mendesak kerajaan agar membina satu jejantas pejalan kaki di jalan besar Kepong.

Ekoran itu, mereka telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Bin Datuk Raja Zainal Abidin bagi membuat tuntutan itu.

(Memorandum telah diserahkan kepada wakil Menteri Wilayah Persekutuan 23 Ogos lepas)

Memo itu telah diserahkan pada 23 Ogos lalu dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan, Encik Shazril Fariza bin Faridam.

"Inisiatif mengumpul tandatangan itu dibuat oleh PKR Cabang Kepong," kata S.Jeevametha a/l Suppiah, Setiausaha PKR cabang Kepong.

Mereka memohon jejantas pejalan kaki di jalan besar Kepong, berhadapan dengan pasaraya Jaya Jusco, untuk kemudahan orang ramai yang melintas jalan besar Kepong yang sentiasa sibuk dengan banyak kenderaan dengan selesa dan selamat.

Tiada ulasan: