BERNAMA
Kebakaran awal pagi tadi memusnahkan keseluruhan pekan Machan yang terdiri daripada 10 unit bangunan dua tingkat kedai runcit dan kedai kopi.
Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 70-an mengalami kebakaran apabila dia cuba menyelamatkan barangannya dalam kejadian 2.40 pagi itu, kata pemimpin masyarakat Kapitan Leong Khing Hee.
Machan yang terletak kira-kira 20 minit jarak pemanduan daripada sini, terletak di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit di daerah Kanowit.
Leong berkata para penduduk dengan dibantu jiran kaum Iban mereka menghadapi kesukaran memadam kebakaran dan menyelamat bangunan kedai yang berumur lebih 50 tahun.
"Kami mengalami tekanan air rendah kerana musim kering sekarang. Kami tidak mempunyai pam yang sempurna untuk menyedut air dari sungai Machan yang berdekatan," katanya.
Leong berkata lelaki yang cedera itu telah dimasukkan ke Hospital Daerah Kanowit.
Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit, Douglas Graji berkata para anggotanya menerima panggilan kebakaran kira-kira 3.14 pagi.
""Empat belas orang daripada kami (anggota bomba) segera bekejar ke tempat kebakaran. Kami kemudiannya disertai 10 lagi anggota dari Sibu. Kami dapat mengawal kebakaran 30 minit kemudian," katanya.
ADUN Machan Datuk Gramong Juna yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dijangka melawat kawasan kebakaran esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan