Sabtu, 23 Julai 2011

Wanita PKS turut terasa pemergian Dr Lo'Lo'

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Bidang Perempuan Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Ustazah Dra Anis Byarwati, turut berbalasungkawa atas pemergian Almarhumah Dr Lo’Lo' Ghazali, Ahad lalu.

Ucapan itu disampaikan melalui Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

“Kami turut berduka atas perkhabaran perginya Dr Lo’Lo’ Ghazali,” ujar Anis Byarwati dalam kenyataannya.

Berikutan khabar sedih itu, beliau mewakili Wanita PKS, mendoakan semoga amal ibadah almarhumah diterima di sisi Allah dan ditempatkan dalam Jannah-Nya.

“Semoga segala amalan Almarhumah Dr Lo’Lo’ diterima di sisi-Nya dan bagi keluarga yang ditinggal diberikan ketabahan dan kesabaran,” ujar Ustazah Zahrina Nurbaiti yang juga setiausaha Bidang Perempuan Dewan Perwakilan Daerah PKS Jakarta Selatan.

Ustazah Dra Wirianingsih MiSi Ketua Presedium Kepengurusan Badan Musyawarah Organisasi Islam Wanita Indonesia (BMOIWI) 2011-2012, turut melahirkan rasa demikian selain mendoakan almarhumah.

“Turut kami merasakan apa yang kalian rasakan, moga Allah menggantikan mujahidah yang lebih bagus dan bagi mereka yang ditinggalkan dapat melanjutkan perjuangannya,” ujar Ustazah Sumarni, isteri kepada Almarhum Kiyai Haji Rahmat Abdullah atau lebih dikenali melalui filem dakwah, ‘Sang Murabbi’.

Tiada ulasan: