DUBAI - Ramadan akan datang akan menjadi sesuatu yang luar biasa, menurut seorang pakar kalendar, Ashraf Nourul Haq Ashraf di sini.
“Umat Islam di Tanah Arab pada Ramadan tahun ini akan mengalami hari terpanjang sepanjang bulan puasa sejak 26 tahun terakhir,” ujarnya.
Kata beliau, hari pertama Ramadan akan menjadi hari terpanjang di Tanah Arab kerana umat Islam perlu berpuasa selama 14 jam dan 50 minit.
“Hari pertama Ramadan ini mungkin akan jatuh pada 1 Ogos dan Subuh bermula pada jam 4.26 pagi, sementara Maghrib baru menjelang pada pukul 07:06,” ujarnya kepada ketua Jabatan Hal Ehwal Islam di Kalendar dan Aktiviti Amal di Dubai.
Tempoh minimum berpuasa selama bulan Ramadan ini akan berlangsung selama 14 jam. Selama beberapa hari pertama, puasa akan memakan masa kira-kira 14 jam 50 minit, sedangkan beberapa hari terakhir bulan Ramadan tempoh berkurang menjadi sekitar 14 jam.
“Ramadan ini juga akan menjadi salah satu bulan terpanas musim panas ini kerana menurut laporan pejabat cuaca, suhu sepanjang bulan ini di negara-negara Arab akan berada di antara 40 dan 45 darjah Celcius.
Dalam pada itu, Ashraf menganjurkan semua orang yang akan berpuasa sepanjang Ramadan ini agar mengelakkan sinar matahari langsung dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan