Khamis, 7 Julai 2011

'SMS liar' sabotaj Kerajaan Pulau Pinang

Zainulfaqar Yaacob


GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, SMS liar anti Bersih yang tersebar sejak semalam mungkin bertujuan sabotaj kerajaan negeri selain memburukkan imej pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0.

"Ini (SMS liar) adalah penipuan besar untuk mensabotaj kerajaan negeri.

"Ini semua adalah untuk memburuk-burukkan imej pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur (Bersih)," ujarnya pada sidang media rasmi kerajaan negeri di Komtar, hari ini.

Dua exco, Datuk Mansor Othman dan Abdul Malik Abul Kasim yang menjadi mangsa sms liar tersebut turut memberi respons mengenai insiden terbaru itu.

"Saya sekeluarga semalam tidak pulang ke rumah sendiri," ujar Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1.

"Saya semalam mempunyai program sampai lewat malam, maka saya minta anak sekeluarga supaya tak pulang ke rumah," respons Malik.

Semalam, Malik berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa insiden tersebut didalangi oleh Umno negeri sendiri.

Penangdaily difahamkan, Ahli Parlimen Julutong Ooi Chuan Aun (Jeff Ooi), Chong Eng (Ahli Parlimen BM), Phe Boon Poh (Exco Kerajaan Negeri) (gambar kiri), Datuk Dr Toh Kim Woon dan Ustaz Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang) turun menjadi mangsa 'SMS liar' tersebut

Tiada ulasan: