Khamis, 7 Julai 2011

Sarbaini mengaku ambil rasuah tapi mahu ubah kenyataan, kata SPRM


KUALA LUMPUR— Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed ada membuat pengakuan bahawa dia pernah menerima rasuah tetapi mahu menarik balik pengakuannya dua hari kemudian — sebelum ditemui mati di bangunan SPRM.

Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin berkata, Sarbaini memberitahu badan antirasuah pada 4 April lalu bahawa pegawai Kastam itu menerima antara RM30 dan RM200 setiap bulan daripada pegawai Top Mark Freight & Shipping Sdn Bhd, yang dikenali sebagai Ah Seng dan juga antara RM50 dan RM100 setiap bulan daripada Wan Zainal, pegawai dari Schenker Logistics (Malaysia) Sdn Bhd.

Dalam keterangannya, Fauzi berkata, bagaimanapun Sarbaini secara sukarelawan kepada pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini pada 6 April untuk mengubah keterangannya.

“Sheikh (Niza Khairy Sheikh Mohamad) berkata Sarbaini mahu mengubah kenyataannya pada 4 April daripada menerima rasuah kepada tidak menerima rasuah,” kata Fauzi pada inkues hari ini.

Sheikh Niza merupakan pegawai SPRM yang merekodkan kenyataan Sarbaini pada 4 April.

“Pada 6 April, tidak seorang pun meminta Allahyarham datang ke pejabat,” katanya.

Fauzi juga berkata Sarbaini tidak mengaku mengambil rasuah ketika kenyataannya diambil kali pertama selepas ditahan pada 2 April.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: