MALAYSIA KINI
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua oembangkang.Keputusan oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Hasan Lah adalah sebulat suara ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwaaan.
"Permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 3 Akta Judikatur Mahkamah.
"Justeru, tidak bijak bagi menganggu penghakiman itu. Kita kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak permohonan itu. Kami akan bekalkan butiran lanjut penghakiman kemudian,” katanya.
Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop.
Peguam bela Anwar - Karpal Singh (kiri) kemudian memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.
Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Hakim Zabidin telah mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri apabila mahkamah mendapati ada kes terhadapnya dan mendapati Saiful adalah sakti yang boleh dipercayai.
Peguam Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa keputusan Zabidin menunjukkan hakim itu membuat pra-penghakiman sebelum perbicaraan itu selesai.
Bagaimanapun, pada 6 Jun, Hakim Zabidin memutuskan bahawa permohonan Anwar tidak mempunyai merit dan menolaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan