KUALA LUMPUR– Sebagimana diputuskan Bersih 2.0 semalam, Perkasa yang merancang mengadakan perhimpunan balas protes juga mengambil langkah yang sama.
Pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu (gambar) telah memohon kepada tiga stadium di ibu negara bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun pengurusan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Titiwangsa belum lagi meluluskan permohonan mereka.
Ibrahim berkata Perkasa telah memutuskan untuk tidak membatalkan Gerak Aman 9 Julai sebab Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan Sabtu ini meskipun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, seramai 14,661 ahli Perkasa dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk 2,000 bukan Melayu sudah pun menandatangani petisyen menyokong perhimpunan balas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan