Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA: PAS Selangor yakin masa depan pilihan raya di negara ini akan lebih cerah sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar menjalankan tugas mereka. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pihaknya mahu SPR mengotakan janji mereka untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil dapat dilaksanakan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. Ianya berdasarkan respons positif yang ditunjukkan pihak SPR sewaktu menerima kunjungan hormat dari Badan Perhubungan PAS Selangor petang tadi. "Perjumpaan petang ini satu perjumpaan yang positif dan sambutan yang baik dan kita harap dapat lihat hasil yang positif dalam beberapa bulan ini. "SPR beri jaminan untuk berusaha memastikan pilihan raya di Malaysia sebersih yang mungkin. "Jika apa yang dibincang benar-benar dilaksana, masa depan pilihan raya jauh lebih cerah," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Selangor selepas pertemuan tersebut. Dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, PAS Selangor mengemukakan fakta dan bukti mengenai daftar pemilih yang tidak bersih iaitu terdapat pertindihan yang telah berlaku dalam daftar pemilih. Menurut Khalid, ianya dapat dikesan melaui pasukan teknologi maklumat PAS Selangor yang menemui pemilih yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan baru sekaligus. "SPRS ucap terima kasih dan akan berusaha untuk kenal pasti dan buang nama yang bertindih dari daftar pemilih," katanya. Menurutnya lagi, turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut mengenai lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). SPR mengakui bahawa empat daripada lapan tuntutan itu boleh dilakukan segera iaitu mengenai rasuah dalam pilihan raya, akses kepada media yang adil, undi pos dan pembersihan daftar pemilih. "Kita pun telah sebut persepsi bahawa Bersih dengan SPR ini seolah-olah berlaga harus dihapuskan kerana sepatutnya kita melihatnya sebagai usaha ke arah yang sama iaitu untuk bersihkan proses pilihan raya di Malaysia," katanya lagi. Khalid bagaimanapun berkata, respons positif daripada SPR itu tidak bermaksud PAS dan Pakatan Rakyat boleh berdiam diri sahaja. "Tugas kita untuk pastikan bahawa SPR melaksanakan tugas mereka. "Tak bererti mereka bersetuju dalam banyak perkara maka kita tak perlu ambil peranan. "Peranan kita untuk memantau dan menentukan pilihan raya yang bersih dilaksanakan," katanya. Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya san Setiausaha PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Othman dan Mohd Khairuddin Othman. Manakala SPR diwakili pengerusinya sendiri Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, timbalannya Wan Ahmad Wan Omar dan setiausaha Datuk Kamaruddin Mohamed Baria. |
Sabtu, 23 Julai 2011
PAS mahu SPR kota janji p'raya bersih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan