Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sedia menerima sebarang cadangan daripada pelbagai pihak termasuk membabitkan perwakilan NGO bagi menambah-baik kecekapannya demi mengelakkan kebimbangan sistem pilihan raya itu dibawa ke jalanan.
“Kita terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana SPR adalah badan yang bebas,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbarnya hari ini.
“Jika ia adalah okay dengan mereka, maka mereka (SPR) boleh berunding dengan kerajaan. Seperti mereka (NGO berkenaan) berjanji, tidak akan ada lagi demonstrasi jalanan.”
Perhimpunan BERSIH 2.0 itu dianggotai gabungan 62 NGO yang mahu pilihan raya yang bersih dan adil.
Bagaimanapun kerajaan bertindak tegas dengan menghambat bukan sahaja penganjur perhimpunan itu tetapi juga penyokongnya. Ramai yang ditangkap dan tidak kurang pula yang mengadu polis mengasari mereka semasa hari perhimpunan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan