Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini. 8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara. 8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai 8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium. 8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap. 8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup. |
Sabtu, 9 Julai 2011
LANGSUNG perjalanan himpunan Bersih 2.0
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan