KUALA TERENGGANU - Ustaz Mohd Ramlan Mahmud, 27, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kemaman menyifatkan penahanan beliau ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai sebagai suatu kegembiraan kerana menjadi 'orang yang terpilih'.Beliau telah ditahan polis di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur semasa sedang menikmati sarapan pagi pada pagi.
"Ketika itu sekitar pukul 10.00 pagi sekumpulan anggota polis dianggarkan seramai 20 orang sedang melakukan operasi pemeriksaan, mana - mana individu yang berada dalam kumpulan seramai 4 orang dan lebih akan diperiksa kad pengenalannya dan barang - barang yang dibawa bersama kita akan digeledah,"ujarnya ketika ditemubual oleh Buletinonline.
(Gambar kanan - Ustaz Ramlan Mahmud sedang disoal siasat oleh seorang Pegawai Polis yang memegang tshirt berwarna kuning sebelun ditahan)
Seorang lagi 'Wira BERSIH' dari negeri Terengganu adalah Saifudin Ibrahim, AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Buruk yang juga anggota PAS cawangan Masjid Hj Kadir.
Saifuddin merupakan tahanan terakhir yang dibebaskan daripada 313 orang penyokong BERSIH dari negeri Terengganu yang ditahan pada Sabtu lalu.
Ketika ditemui, dalam sambutan ringkas oleh sahabat-sahabat 'Al-Fateh Army' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud semalam, 13 Julai, beliau tidak berasa apa-apa, malah 'suka' kerana ditahan menghadiri Himupnan BERSIH.
"(perasaan) tak ada apa-apa, suka je, saya (dibebeaskan lewat) kerana dituduh menceroboh loji air SYABAS, di Bukit Nanas,"katanya.
Ketika melarikan dari dari 'hambatan polis zalim' dalam Himpunan, beliau tersalah masuk ke kawasan yang didakwa oleh polis sebagai kawasan larangan.
Sedangkan menurutnya, tidak ada apa-apa papan tanda atau amaran yang menunjukkan bahawa ia adalah satu kawasan larangan.
Namun begitu, polis telah mendapatkan perintah reman selama tiga hari sehingga malam kelmarin, apabila Saifuddin dibebaskan tanpa syarat.
Manakala, seorang Pemuda PAS dari Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Ibrahim Harun yang ditahan dijalan Pudu berhampiran Hospital Tung Shin sanggup menjadi saksi ke atas tindakan polis 'meyerang' hospital terbabit.
"Memang betul-betul, polis tembak gas pemedih mata, kalau tak silap, mungkin 3 das, lepas tu tembak dengan meriam air kimia,"tegasnya ketika ditemui.
Beliau yang juga AJK MTD Bukit Tunggal mendakwa, polis turut membelasahnya, walaupun beliau tidak melawan.
Akibatnya, pipi beliau berdarah kerana dibedal, sepak dan terajang oleh polis yang disifatkannya zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Kesemua 313 orang yang ditangkap ketika menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0 dari Terengganu dianggap sebagai 'Wira' kerana berani bersama lebih 50,000 rakyat menuntut kerajaan merombak sistem pilihanraya supaya lebih bersih dan adil.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, mereka akan diraikan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin utama yang lain, dalam satu Majlis sebelum Ceramah Perdana Pasca BERSIH yang akan diadakan di perkarangan Masjid Rusila, esok, Jumaat 15 Julai pada jam 9.00 malam
"InsyaAllah, semua tahanan seramai 313 orang ini, kita akan raikan dalam suatu ceramah Perdana yang akan kita buat pada 15 Julai, hari Jumaat ini, di Masjid Rusila,
"kita akan siarkan klip-klip video yang memaparkan kejadian Himpunan BERSIH, kita akan raikan tahanan yang kita anggap mereka ini sebagai wira-wira kita yang menjadi wakil kepada rakyat Terengganu untuk memperjuangkan hak,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan isu semasa di Jalan Hiliran, semalam 13 Julai.
Khamis, 14 Julai 2011
Kisah benar BERSIH; Wira Rakyat sanggup jadi saksi serangan polis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan