Rizal Tahir |
KOTA BHARU: Festival masakan antarbangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan. Sejak dirasmi 14 Julai lalu sehingga hari ini dianggar hampir 40,000 pengunjung mengunjungi festival tersebut yang diadakan bersebelahan Bazar Tok Guru. Selain itu di lokasi berhampiran turut diadakan pameran tamadun Islam yang bertajuk ‘Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian’ bertempat di Dewan Jubli Perak dan Gelanggang Seni. Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah termasuk pedang para sahabat baginda Rasulullah saw dipamerkan. Selain itu peralatan astronomi di zaman awal tamadun manusia. Pegawai Komunikasi Korporat Kelcheff, Abdullah Suhaimi Mat Yassin berkata, festival makanan antarabangsa itu mendapat sambutan orang ramai termasuk pelancong asing. ”Dinggarkan kira-kira 2,000 orang berada di tapak pesta pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui di tapak festival hari ini. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual kepada orang ramai yang disediakan peserta dari dalam dan luar negara termasuk China, Turki, Palestin, Indonesia, Thailand dan Kemboja. Selain itu kerajaan Pulau Pinang dan Kedah juga menyediakan juadah istimewa di tapak festival terbabit. Abdullah berkata, menu yang disediakan bersesuaian dengan tema ‘makanan’ sempena festival termasuk nasi kerabu, pulut pauh, kebab, roti nan, nasi arab, beriani dan nasi ayam hainan. Sehubungan itu beliau berharap orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi KelCheff yang akan berakhir 24 Julai ini. Di tapak KelCheff juga diadakan demontrasi masakan oleh dua cheff terkemuka iaitu Chef Sabri dan Chef Ismail. Pada sebelah malam pula diadakan persembahan kebudayaan termasuk dikir barat dan nasyid. Festival itu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Malam ini juga akan diadakan ceramah isu semasa di Padang Perdana bersebelahan tapak Kelcheff. |
Rabu, 20 Julai 2011
Kelcheff dapat sambutan menggalakkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan