KUALA LUMPUR - SPR menganggap isu Undi Pos tidak timbul sama sekali kerana ianya hanya melibatkan beberapa Agensi yang bakal bertugas pada hari mengundi.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Dato' Wira Wan Ahmad mendakwa, tuntutan BERSIH yang mendesak agar undi pos dianggap sebagai kempen politik semata-mata bagi memastikan agar Pembangkang menang besar dalam PRU 13 kelak.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan Pembangkang yang bersikap provokasi dan enggan menerima sebarang pandangan dan bukti yang dikemukakan SPR walaupun Suruhanjaya ini kerap mengadakan perbincangan bersama termasuklah dari pihak Datuk Ambiga sendiri selaku Pengerusi BERSIH.
Dato' Wan Ahmad menggambarkan jika undi pos ini dihapuskan serta merta maka akan berlakulah kekacauan pada hari mengundi dan pihak polis tidak dapat menunaikan tanggungjawab mengundi kerana berbelah bahagi dengan tugas yang terpaksa dipikul.
Malah kekacauan ini seringkali diperlakukan dari pihak penyokong Pembangkang dan Pemimpin-Pemimpin mereka sudah pasti tidak akan menasihati mereka akan tetapi terus menerus menyalahkan SPR yang dikatakan tidak telus dan menyekat kebebasan bersuara.
Beliau berkata demikian di dalam Ucapan pada Majlis Luncheon Talk, Tuntutan BERSIH : Apa Penjelasan SPR? di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Majlis ini disertai Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik, Blogger dan beberapa Agensi Kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan