TASHKENT: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 86 lagi cedera apabila gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter melanda Uzbekistan dekat sempadan Kyrgyzstan pada Rabu.
Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa bumi yang berlaku kira-kira pukul 1.35 pagi (5.35 petang waktu Malaysia) dan berpusat di Kyrgyzstan tetapi 42 kilometer dari barat daya Fergana, Uzbekistan.
“Beberapa buah bangunan runtuh di Fergana. Maklumat awal menyatakan 13 orang maut,’’ kata Kementeri Kecemasan Uzbekistan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan