Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk serangan pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih ke bangunan pejabat Umno Cheras dan Bandar Tun Razak pagi ini. “Tindakan ini jelas bertentangan dengan Islam,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily. DPPWP juga, katanya kesal dengan tindakan samseng pemuda Umno yang berkumpul dan membuat bising di hadapan pejabat PKR baru-baru ini. Beliau berkata, begitu juga dengan beberapa siri himpunan Perkasa sebelumnya yang membakar gambar Ambiga sambil melaungkan slogan perkauman. Katanya, DPPWP menolak sebarang aktiviti provokatif, mengugut, ekstrem dan samseng dalam menyampaikan pandangan kepada mana-mana pihak. “DPPWP yakin rakyat juga tidak lupa insiden membaling kepala babi, membakar gereja dan rumah ibadat lain sebelum ini yang sengaja dilakukan bagi memberikan ketakutan kepada rakyat. “DPPWP tidak menolak, tindakan ke atas bangunan Umno kali ini juga mempunyai niat yang sama,” ujarnya. Mengimbas suasana sebelum himpunan Bersih yang pertama, beliau berkata semuanya berjalan dengan aman. Pada ketika itu, ujar beliau tiadanya pertubuhan ekstrem seperti Perkasa hari ini yang setiap hari mencanangkan ugutan dan membakar kemarahan rakyat. Tambahnya, DPPWP memberi jaminan, Himpunan Bersih 2.0 tetap berjalan dengan aman walaupun Perkasa, Pemuda Umno dan penyokong mereka tidak mahu berhenti dari melakukan tindakan provokasi mereka. “Kepada peserta himpunan Bersih 2.0, datanglah beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan aman dan pedulikan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno. “Negara ini milik anda juga dan sesiapa pun bebas berada di mana-mana tempat di negara ini,” katanya. |
Jumaat, 1 Julai 2011
DPPWP kutuk serangan ke atas pejabat Umno
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan