Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux semalam.
"Jika itu (penafian) timbul, kita akan berbincang sebagai satu kumpulan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan," kata Dr Sheikh Johari, seorang perunding obstetrik dan sakit puan.
"Jika tidak, kita akan biarkannya setakat itu," katanya, sambil menambah bahawa mereka hanya akan memberi respons pada "masa yang sesuai" dan di hadapan peguam.
Sheikh Johari berkata maklumat yang mereka ada bukanlah sesuatu yang "rahsia".
Ia juga bukan niat mereka untuk melawan sesiapa, "apa yang kami mahu ialah hanya bercakap benar," tambahnya.
"Apa yang kita minta ialah mereka yang di atas supaya telus,"kata beliau, yang dipetik dari laporan portal Malaysiakini.
Kenyataan doktor berkenaan, yang dikeluarkan malam semalam dan ditandatangani oleh 11 pegawai kanan perubatan, mengutuk pihak berkuasa kerana bertindak ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dalam perkarangan hospital tersebut Sabtu lalu.
Perbuatan itu melanggar pengiktirafan universal hospital sebagai tempat perlindungan.
Ia adalah kenyataan pertama yang dibuat oleh pegawai perubatan berikutan penafian pihak polis dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai bahawa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital itu pada 9 Julai.
Selain Sheikh Johari, doktor-doktor lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Mcoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan