Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendedahkan bahawa polis sedang mencipta konspirasi baru untuk dikaitkan dengan parti itu berhubung penahanan enam aktivisnya di bawah Ordinan Darurat. Setiausahanya, Arutchelvan berkata, dakwaan itu berdasarkan soal siasat yang dilakukan oleh tiga unit polis iaitu siasatan ibu pejabat polis daerah (IO), D6 Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Cawangan Khas Bukit Aman. Menurutnya, mereka menggunakan pelbagai teknik untuk soal siasat, bahasa kesat, pendekatan lembut dan keras, menanam ketakutan, penderaan (dipaksa berdiri untuk tujuh jam) serta melagakan satu ahli dengan ahli yang lain. "Mengenai enam tahanan EO, walaupun kami tidak ada sebarang laporan kecederaan fizikal tetapi mereka dikurung dalam bilik kurungan perseorangan, diseksa secara mental dan diminta untuk mengaku banyak dakwaan, kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pagi tadi. 3 teori konspirasi Mengulas lanjut, Arutchelvan berkata, antara konspirasi yang dicipta ialah kononnya aktivis PSM yang menyertai kempen 'Udahlah' digunakan oleh parti itu dan diberikan wang. Polis membuat andaian ini kerana enam tahanan itu bertegas mahu memberikan segala keterangan di mahkamah. "Perkara ini ditafsirkan oleh polis bahawa ahli-ahli PSM telah menjalani latihan khas yang membuat mereka sangat kuat dan kental," katanya. Teori kedua jelas Arutchelvan, PSM didakwa mempunyai rancangan seperti Revolusi Arab-Mesir di Malaysia. Ini berdasarkan salah satu daripada resolusi PSM di kongres parti dan dokumennya bukan lagi rahsia malah turut diedarkan keapda media. "Dalam risalah Udahlah...Bersaralah, PSM telah bercakap tentang membuat pilihan yang berani untuk pilihan raya tetapi sekali diputar belit untuk mengatakan PSM yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan. Selain itu, SB juga telah menyediakan beberapa soalan dan jawapan dan dibimbangi tahanan tersebut dipaksa untuk menandatangani dokumen tanpa mengetahui kandungan atau akibatnya. Antara soalan dan jawapan adalah seperti berikut: i. Siapakah pemimpin utama kumpulan ini? Dr. Jeyakumar Hubungan PSM dengan Pakatan Rakyat Selain itu, menurut Arutchelvan, rangka soalan dan jawapan juga banyak mengaitkan PSM dengan Pakatan. Contoh soalan dan jawapan: Adakah PSM mempunyai MOU dengan Pakatan? Apa yang anda fikir mengenai Anwar? Beliau adalah dalang di belakang, bukan di hadapan. Adakah anda memberi risalah Bersih? Adakah mana-mana pemimpin Pakatan datang untuk menyambut anda? Lihat anda mencabar Pakatan di Kampung Buah Pala. PR pasti tidak gembira dengan anda. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim, bendahari Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Nashita Md Nor dan aktivis GMI, Norlaila Othman. |
Jumaat, 15 Julai 2011
Darurat: Konspirasi baru dicipta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan