Jumaat, 22 Julai 2011

Asrama Pekerja Asing : Umno Dan MCA Tidak Tahu Fakta

Ditulis oleh Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM : Cadangan kerajaan negeri untuk membangunkan asrama bagi pekerja-pekerja asing di Petaling Jaya adalah untuk memastikan ianya diurus dengan lebih baik mudah di samping menyediakan kemudahan selesa dengan kawalan keselamatan ketat, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin.
Menurut Faekah, asrama pekerja asing ini juga berupaya membanteras kewujudan koloni setingan asing. Malah asrama ini boleh dijadikan pusat latihan sekali gus membuka peluang perniagaan baru kepada usahawan tempatan.
"Kajian ke atas pekerja asing menunjukkan bahawa penubuhan penempatan berpusat seperti asrama berpontensi mengurangkan penderaan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab dan mengelak berlaku rasuah di kalangan agensi penguatkuasaan.
Dari sudut kesihatan pula, pusat penempatan ini dapat membantu mengawal penyebaran penyakit dengan adanya persekitaran yang selesa dan sihat berbanding rumah-rumah kongsi yang banyak terdapat di negara ini," katanya dalam kenyataan media.
Faekah berkata, Asrama ini dicadang berikutan komitmen pelabur antarabangsa untuk meneruskan perniagaan di Selangor dan mengelak pelabur memindahkan operasi ke negara lain.
Penduduk tempatan diberi keutamaan untuk mengisi jawatan kosong dan kerajaan negeri berusaha untuk memastikan penduduk tempatan tidak menganggur. Bagaimanapun, penduduk tempatan kurang berminat bekerja di sektor peindustrian yang menawarkan lebih 60,000 kekosongan dan ini menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja asing terus meningkat.
"Kita perhatikan berlaku percanggahan pendirian antara pemimpin UMNO dan MCA dalam isu ini. Mereka mendakwa cadangan asrama ini akan menyebabkan kekurangan rumah untuk rakyat tempatan dan satu pihak lagi mendakwa banyak bilik sewa akan kosong di kawasan Sungei Way.
Dakwaan ini tidak logik dan membuktikan pemikiran rendah pemimpin UMNO dan MCA. Ini sekali lagi menunjukkan politik kotor yang dimainkan UMNO dan MCA yang jahil tentang isu sebenar," ujar Faekah.

Tiada ulasan: