Khamis, 7 Julai 2011

Ambiga, 3 lagi temu pegawai tinggi polis di Bkt Aman

MALAYSIA KINI


Kurang 48 jam menjelang perhimpunan BERSIH Sabtu ini, pengerusinya, Datuk S Ambiga mengetuai delegasi empat anggota untuk menemui pegawai atasan polis di Bukit Aman pada jam 2 petang ini.

Ambiga, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat dan Haris Ibrahim serta Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di ibu pejabat polis itu kira-kira jam 2 petang.

Menurut Wong, ia diatur selepas mereka membuat permohonan rasmi kepada pihak polis untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Bercakap kepada pemberita sebelum masuk, Wong berkata, mereka akan memaklumkan kepada pihak secara polis rasmi mengenai perhimpunan BERSIH yang diadakan Sabtu ini.

[Berita lanjut menyusul]

Tiada ulasan: