Jumaat, 8 Julai 2011

AG tak merayu dalam kes Datuk T

MALAYSIA KINI


Pejabat Peguam Negara tidak akan merayu terhadap hukuman terhadap trio Datuk T berkenaan tayangan video seks di Hotel Carcosa Seri negara di Kuala Lumpur pada 21 mac lalu.

Dalam SMS kepada Malaysiakini Timbalan pendakwaraya (DPP) Kamaluddin Md Said - ketua bahagian perbicaraan dan rayuan pejabat peguam negara yang bertanggungjawab dalam pendakwaan kes - tiada rayuan akan difailkan.

Hukuman terhadaNONEp trio itu dikritik hebat oleh pembangkang dan pemerhari yang dikatakan terlalu ringan dan pertuduhan itu disalahguna oleh pelbagai individu untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari ini merupakan hari akhir untuk pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap denda yang dikenakan ke atas trio 'Datuk T' oleh mahkamah majistret sebelum ini.

Bulan lepas, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim didenda sejumlah RM5,500.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah, dengan Shuib dan Shazryl didakwa menayangkan pita seks serta Rahim pula didakwa bersubahat.

Kamaluddin pada Selasa lalu memberitahu bahawa mereka belum menerima arahan-arahan untuk itu.

alleged four full sex videos on youtube 290411 12Beberapa pengamal undang-undang mengkirik pendakwaan itu atas alasan penayangan video seks dalam mahkamah jelas ditujukan Anwar yang juga ketua pembangkang, yang dikatakan pelakunya.

Dalam fakta kes yang dibacakan juga disebut lelaki dalam video itu menyerupai Anwar, yang turut disokong oleh ujian forensik yang dikendalikan oleh pakar asing dan tempatan.

Bagaimanapun anggota parlimen Permatang Pauh itu tegas menafikannnya dan mendakwa ia sebahagian daripada kempen BN memburukkannya.

Setiap pihak diberikan 14 minggu untuk memfailkan notis rayuan terhadap hukuman mahkamah dalam kes-kes jenayah.

Tiada ulasan: