Jumaat, 1 Julai 2011

300 bantah KM P Pinang kerana sokong BERSIH

Susan Loone


Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEDalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

NONEDalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

NONEPada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Tiada ulasan: