Penjawat awam atau kakitangan kerajaan sememangnya sudah sinonim dengan macam-macam tohmahan seperti suka mengular, ponteng kerja, tidak efektif, buat kerja lambat dan sebagainya.Dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri mengakui perkara tersebut.
KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui gejala ponteng kerja oleh penjawat awam memang berlaku dan paling banyak melibatkan kumpulan kakitangan sokongan dua.
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, bagaimanapun tindakan tatatertib sentiasa diambil bagi mengekang gejala itu termasuk hukuman buang kerja terhadap mereka.
“Ini soal disiplin pekerja. Memanglah ia berlaku tetapi saya tidak mempunyai statistik kerana hukuman dikenakan oleh Ketua Setiausaha kementerian masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
“Pelbagai tindakan dikenakan termasuklah tahan dan buang kerja terhadap mereka yang bersalah. Namun masalah ini masih berterusan dan saya tidak boleh nilai serius atau tidak kerana tiada kayu pengukur untuk berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan.
Menurut Ahmad Zahid, masalah yang melanda kementeriannya itu turut melanda kementerian lain.
Ada benar dan ada yang tidak mengenai kenyataan JPA tersebut.Tidak semua penjawat awam memnpunyai masalah disiplin seperti yang dinyatakan.Tapi, memang sering begitulah kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang membuat masalah, hanya seorang, tapi yang terpalit, semuanya sekali.
Bukanlah kami ingin menyokong kakitangan kerajaan, namun melalui pengalaman kami dan juga pendapat-pendapat lain, memang tidak semua penajwat awam mempunyai masalah ponteng kerja dan sebagainya.Dan kami juga tidak menafikan bahawa kejadian penjawat awam yang suka ponteng kerja ini memang berlaku.
Perkara ini bukanlah satu isu baru, malah dah terlalu lama.Cuma tiada penyelesaian yang efektif setakat ini.Kebanyakan penjawat awam yang ada masalah disiplin ponteng kerja ini,selalunya mempunyai masalah.Dan masalah yang kami selalu lihat adalah masalah peribadi, masalah kewangan dan masalah tiada minat.
Dan masalah kewangan di antara masalah tertinggi yang menyebabkan penjawat awam yang bermasalah ini selalu ponteng kerja kerana melakukan pekerjaan lain untung menampung kehidupan.
Perkara ini perlu dilihat oleh JPA secara serius.Apabila sesorang penjawat awam itu membuat masalah, pastinya mereka ada sebab-sebab tertentu.Dan itulah yang perlu dikenalpasti.Apa-apapun, seseorang kakitangan awam sepatutnya lebih berdisiplin dan bersyukur dengan rezeki mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan