Ahad, 15 Mei 2011

Pertikai rampasan kuasa di Perak, keputusan 3 Jun

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada peguam, Shamsul Iskandar Md Akin didapati bersalah atau tidak kerana mempertikai keputusan mahkamah berhubung kes rampasan kuasa di Perak hanya diketahui 3 Jun depan.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Shamsul berkata, membuat ucapan itu semasa Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 2009.

“Tidak lama selepas itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membuat laporan, kononnya saya tidak menghormati keputusan mahkamah mengenai krisis politik di Perak,” katanya.

Shamsul – Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, kes itu pertama kali dibicarakan pada 16 April lalu.

“Mahkamah belum menetapkan tarikh untuk memutuskan kes ini. Tetapi yang pasti ia akan diketahui selepas 3 Jun depan.

“Pada tarikh itu, peguam saya, Yusmadi Yusoff dan Fahda Nur Ahmad Kamar akan menyelesaikan penghujahan,” katanya.

Shamsul berkata demikian selepas memberi keterangan kepada jawatankuasa tatatertib peguam-peguam mengenai kes itu di Wisma Mariaman Lebuh Ampang, pada 14 Mei lalu.

Gani bersama peguamnya pada hari itu bagaimanapun ponteng manakala Shamsul memberi kerjasama baik sepanjang berlangsungnya proses memberi keterangan itu.

Rakyat Perak memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri sejak Mac 2008 sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa pada Februari 2009 sehingga kini.

Tiada ulasan: