Ahad, 8 Mei 2011

Hindraf nafi tuntut pemansuhan sekolah dan institusi agama

"Tuntutan dalam writ saman tersebut berkisar mengenai hak-hak yang sepatutnya diterima masyarakat India," kata Uthayakumar.



PETALING JAYA: Aktivis Pasukan Tindakan Hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar menafikan bahawa Hindraf membuat tuntutan berkaitanpemansuhan sekolah dan institusi agama dalam writ saman yang cuba difailkan pada Ogos 31, 2007.

Semalam, presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Mohd Zainul Rijal mendakwa bahawa writ saman kumpulan pendesak India tersebut membuat permohonan agar sekolah dan institusi agama dimansuhkan di Malaysia atas alasan Malaysia negara sekular.

Zainul membuat dakwaan tersebut ketika menjadi ahli panelis forum Pembela yang bertajuk, “Islam Tergugat: Apa yang patut kita buat”di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

“Tuntutan dalam writ saman tersebut berkisar mengenai hak-hak yang sepatutnya diterima masyarakat India,” kata Uthayakumar ketika dihubungi FMT.

Beliau turut menafikan dakwaan memburukkan orang Melayu seperti yang didakwa Zainul.

“Saya masih mempunyai salinan writ saman tersebut dan kami sememangnya tidak membuat tuntutan sedemikian,” kata Uthayakumar.

Tiada ulasan: