Jumaat, 27 Mei 2011

BERSIH 2.0: Pengusiran aktivis dari Sarawak dan pengumuman "Perhimpunan Rakyat"

MERDEKA REVIEW

Pengusiran Ong Boon Keong dari Sarawak

BERSIH 2.0 mengecam keras pengusiran aktivis sosial dan penyelaras Malaysian Election Observation Network (MEO-Net), Ong Boon Keong (berbaju kuning), dari Sarawak pada 24 Mei 2011.

Pada 24 Mei, sekumpulan yang terdiri daripada 10 pegawai Imigresen membawa Ong daripada Kampung Bengoh ke Pejabat Imigresen di Pending. Beliau diminta memberi keterangan mengenai aktivitinya, khususnya mengenai pemantauan pilihan raya. Ong diberitahu beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Sarawak dan mesti memohon kepada penguatkuasa Imigresen sekiranya beliau ingin memasuki Sarawak. Ong juga tidak diberikan atau ditunjukkan surat rasmi penolakan kemasukan ke dalam negeri, walaupun aktivis-aktivis lain yang dinafikan kemasukan ke Sarawak sebelum pilihan raya negeri Sarawak telah diberi surat tersebut. Kami berpendapat layanan kasar terhadap Ong adalah satu intimidasi keras terhadap beliau.

BERSIH 2.0 menganggap lagi satu pengusiran seorang akitivis dari negeri Sarawak sebagai penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Sarawak dan satu percubaan untuk menindas pendapat alternatif. Kami menuntut kerajaan Sarawak untuk mengumumkan senarai penuh individu-individu yang dilarang daripada memasuki Sarawak dan sebab-sebab mereka tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Perhimpunan Rakyat BERSIH 2.0

BERSIH 2.0 ingin memberi penjelasan mengenai pengumuman yang dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS):

BERSIH 2.0 adalah satu gerakan rakyat untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Gabungan ini tidak diwakili oleh mana-mana parti politik, malahan Jawatankuasa Pepandu juga bebas dari penglibatan ahli politik.

BERSIH 2.0 ingin memaklumkan bahawa sememangnya keputusan untuk mengadakan "Perhimpunan Rakyat" telah dibuat di sewaktu satu perjumpaan bersama wakil-wakil dari beberapa kumpulan baru-baru ini. Kami menghargai minat semua yang hadir di perjumpaan tersebut di mana para hadirin telah membentuk satu jawatankuasa kecil untuk melaraskan acara ini. Pada perjumpaan tersebut, BERSIH 2.0 telah mencadangkan acara ini untuk mempromosikan demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya dan mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam. Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini dipimpin oleh masyarakat madani dengan niat untuk menjemput semua parti-parti politik untuk bergabung kuasa dengan rakyat untuk mempromosikan dan menegakkan demokrasi di negara ini. Jemputan akan dihantar kepada semua parti-parti politik untuk menyertai usaha ini.

Perhimpunan Rakyat akan diadakan pada 9 Julai 2011 pada satu masa yang akan dimaklumkan nanti. Kami berharap acara ini akan diberi sokongan oleh semua ahli-ahli politik, terutamanya oleh rakyat jelata. BERSIH 2.0 akan membuat pengumuman apabila butiran acara tersebut telah ditetapkan.

BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian. Terdapat tiga tujuan utama acara ini dianjurkan; iaitu untuk mengutarakan tuntutan rakyat untuk reformasi pilihan raya, mengukuhkan perbadanan-perbadanan awam, dan mengambil pendirian menentang rasuah yang berleluasa di setiap tahap lapisan masyakat.

BERSIH 2.0 kecewa bahawa pengumuman acara ini disambut dengan kecaman keras dan ugutan untuk menghalang acara tersebut. BERSIH 2.0 berharap pihak berkuasa mengubah pendiriannya yang tidak progresif terhadap hak kebebasan rakyat untuk bersuara.

Sebaliknya, masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk "mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata". Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.

BERSIH 2.0 ingin menghubungi pihak polis untuk memberi jaminan dan bantuan agar acara tersebut dapat diteruskan dengan aman. Kami berharap pihak polis akan berkerjasama dengan kami dalam perkara ini.

*Kenyataan media oleh Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0. BERSIH 2.0 terdiri daripada Andrew Khoo, Arumugam K., Dr.Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr.Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.

Tiada ulasan: