Sabtu, 12 Februari 2011

Rakyat Malaysia Dinasihat Jangan Pulang Dulu, Keadaan Mesir Diyakini Beransur Pulih

BERNAMA

MEMBAKUT: Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dinasihatkan supaya tidak pulang ke Malaysia buat sementara waktu kerana keadaan di negara bergolak itu dipercayai akan beransur pulih berikutan peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak malam Jumaat.

Bagaimanapun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan sentiasa memantau keadaan di negara itu.

"Kita akan melihat dulu situasi sekarang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya kepada pemberita semasa lawatannya ke beberapa kampung yang terjejas dengan banjir di sini pada Sabtu.

Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat Mesir yang membantah pemerintahannya sejak 30 tahun dan mengumumkan peletakan jawatannya melalui Naib Presiden Omar Suleiman yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kira-kira tengah malam waktu Malaysia malam Jumaat.

Demonstrasi jalanan bagi membantah pemerintahan Mubarak diadakan di bandar-bandar besar di Mesir sejak 25 Jan lepas.

Tiada ulasan: