| Ahmad Danial |
|
Demikian kata Timbalan Pengerusi Jentera II Penerangan PAS Pilihan raya Kecil (PRK) Merlimau, Yusof Wahab. Yusof berkata portal itu boleh dilayari di alamat http://pasprkmerlimau.blogspot.com yang akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan ianya menjadi sumber terkini kepada semua pihak. Beliau berkata jadual harian calon, penjelasan kepada isu semasa, kenyataan media calon dan pimpinan juga akan dimuatkan di portal tersebut. Selain itu, Yusof berkata pihaknya juga menyediakan kemudahan kepada media di mana sidang media rasmi akan diadakan di Markas Induk PRK Merlimau di Taman Muhibbah. Yusof berkata sidang media itu akan diadakan dari masa ke semasa dan pihak media boleh mendapatkan maklumat tentang sidang media dari portal rasmi PRK Merlimau di talian 012-9188574. |
Isnin, 14 Februari 2011
Laman web PAS PRK Merlimau dilancar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan