Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah-hujah daripada Karpal dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kamar beliau di sini hari ini.
Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Peguam Negara dalam bantahan permulaannya berkata bahawa beliau (Karpal) tidak ada local standi untuk memfailkan permohonan tersebut dan ia bukan satu kes yang boleh dipertikaikan.
"Peguam Negara juga berkata bahawa saya (Karpal) sebagai Anggota Parlimen tidak boleh melakukan ini tetapi saya balas balik bahawa ia adalah bermoral untuk berbuat demikian," kata Karpal Singh.
Pada 12 Jan, Karpal Singh, pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor,memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman meminta satu perintah mahkamah bagi memaksa Zaki menjelaskan dakwaan salah lakunya berkaitan pengakuan Zaki mengenai rasuah pegawai mahkamah semasa beliau menjadi peguam pengamal.
Beliau juga meminta agar Zaki dihadapkan kepada Tribunal Kod Etika Hakim,Karpal Singh juga meminta satu perintah mahkamah untuk menghalang Zaki sendiri daripada menentukan merit aduan yang dibuat terhadap beliau mengikut Seksyen 13 Kod Etika Hakim 2009.
Dalam permohonan, Karpal Singh berkata pihak berkuasa yang mendengar aduan terhadap Zaki adalah seorang ketua hakim yang telah bersara atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan