Dzulfikar Mashoor |
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, semalam tidak masuk akal. Anggapan itu berhubung ketetapan terbaru SPR, iaitu pengundi yang baru mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) diadakan pada tahun depan. "Kenyataan itu adalah tidak masuk akal memandangkan proses pendaftaran pemilih baru oleh SPR itu memerlukan empat fasa dalam setahun," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily. Menurut bekas Ketua Strategik PKR itu; suku pertama adalah dari bulan Januari hingga Mac; suku kedua (April hingga Jun); suku ketiga (Julai hingga September); dan suku tahun keempat (Oktober hingga Disember). "Ertinya, yang mendaftar pada bulan Januari hingga Mac tahun ini, nama mereka itu telah dipamerkan pada suku kedua tahun ini. "Apabila dipamerkan, diteliti serta melalui proses bantahan dan sebagainya, maka sepatutnya pada suku ketiga patut nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih induk, maknanya mereka boleh ambil bahagian sebagai pengundi baru," ujarnya. Disebabkan itu, beliau menyuarakan rasa curiga dengan ketetapan terbaru yang dibuat Morat itu kononnya proses pengesahan satu-satu daftar pemilih memakan masa lebih empat hingga lima bulan. Katanya lagi, masalah mengemaskini daftar pemilih adalah masalah pengurusan SPR disebabkan tidak mengikut jadual memproses daftar pemilih baru seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Maka, masalah SPR itu, menurut beliau tidak wajar sehingga menghalang hak pengundi baru, khususnya di kalangan pengundi muda untuk menentukan kepemimpinan negara terbaik pada tahun depan. "Kenyataan terbaru ini sudah tentu tidak mampu memadam persepsi rakyat, pertama SPR dilihat sebagai sebuah badan yang berpihak pada Umno BN. "Kedua, SPR nampaknya mengukuhkan apa yang kita percaya selama ini bahawa pengundi baru, khususnya pengundi muda nampak seakan tidak berpihak kepada parti-parti pemerintah pada pilihan raya nanti." Lanjutan itu, beliau menggesa SPR supaya tidak mengulangi kesilapan sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU10. "Pada pilihan raya Umum (tahun) 1999 dulu, perkara ini pernah berlaku di mana lebih 700 ribu pengundi baru tidak dapat mengambil bahagian pada zaman reformasi ketika itu akibat kelembaban pengurusan SPR dalam menguruskan pendaftaran pemilih baru," beliau menambah. Tegasnya lagi, jangan disebabkan mahu memuaskan kepentingan politik parti-parti pemerintah, SPR sanggup bersikap tidak adil dan demokratik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mencadangkan kepada ahli parlimen pembangkang dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera mengatur pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung ketetapan terbaru itu. |
Rabu, 22 September 2010
Tak masuk akal pemilih baru tak layak mengundi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
mana2 rkyat yang belum mendaftar sebagai pengundi perlu mendaftar, SPR kena memastikan semua yang telah mendaftar boleh mengundi.
Diharapkan pengundi baru dibenarkan mengundi. Ini hak semua rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas untuk memilih kerajaan yang diingini.
Saya rasa kerajaan patut melaksanakan pendaftaran secara automatik bila seorang rakyat mencapai umur 21 tahun. Tidak perlulah rakyat sendiri pergi mendaftar.
mereka yang layak mengundi perlulah mendaftar awal bagi membolehkan mereka mengundi. mengundi adalah bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Kan bagus kalau pengundi baharu dapat mengundi semasa PRU akan datang ini, pertambahan pengundi baharu akan meyakinkan kerajaan.
Siapa yang lambat mendaftar maka tidak sempatlah untuk mengundi pada PRU akan datang. Oleh daftarlah secepat mungkin supaya layak untuk mengundi nanti.
Pastikan semua yang layak mengundi telah pun mendaftar.
jangan menggunakan SPR untuk menutup kelemahan PKR. dakwaan tidak adil dan tidak demokratik adalah andaian semata2 dari pihak pembangkang. jika pada PRU10 ramai pengundi baru yang tidak dapat mengambil bahagian, bagaimana dengan PRU11 dan 12? adakah setiap kali PRU berlaku perkara yang sama? terlalu ramaikah penyokong PKR sedangkan sehingga hari ini PKR masih belum dapat menawan PJ. SPR telah mengingatkan orang ramai supaya mendaftar lebih awal bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. jadi tidak ada agenda tersembunyi dalam hal ini dan terpulang kepada orang ramai tentang apa tindakan dipihak mereka.
Pengundi adalah penentu masa depan negara kita.
Saya bersetuju dengan pendapat seorang bloger kita. Seorang individu dan mancukupi umur yang ditetapkan sebagai pengundi dan layak didaftarkan maka diharapkan mereka ini dapat didaftarkan secara automatik dan tidak perlulah bersusah payah untuk mendaftar kerana ia mengambil masa lama untuk diproses.
lagilah tidak masuk akal jika pembangkang lebih giat mencari kesalahan pihak lain atas kegagalan yang ditanggung. kepada orang ramai, laksanakan kewajipan anda dan bertindak lebih awal sebelum ada pihak yang mempertikaikannya.
apa yang tidak masuk akal? sudah peraturan dan prosesnya macam tu..
pengundi baru yang baru berdaftar atau mahu mendaftar bukannya sikit..kesedaran akan tanggungjawab rakyat sebagai pengundi dilihat semakin tinggi..maka proses mendaftarkan pengundi baru dan sebagainya memakan masa..
oleh itu, kita haruslah mendaftar awal2..jangan tunggu hampir PRU..
Kumpulan ini mampu mengubah arena politik dengan drastik.
Yang pasti kedudukan BN tergugat.
SPM perlu menimbang agar memberi peluang pada mereka menjalani tanggung jawap mereka sebagai rakyat Malaysia.
Tidak membawa makna jika menerima pendaftaran mereka tetapi tidak membenarkan mereka mengundi.
aiks biar betul??? Jadi apalah maknanya disuruh mendaftar jadi pengundi kalau tak dibenarkan mengundi.. hairannya..
Semoga hal ni dapat dijelaskan secepat mungkin bagi mengurangkan kekeliruan yang berlaku.
Catat Ulasan