KOTA KINABALU: Gerakan Sabah mahu rakan komponen Barisan Nasional (BN), Parti Liberal Demokratik (LDP) menyatakan dengan jelas sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Musa Aman.
Sayap pemuda parti berpengkalan di Semenanjung itu mencabar Presiden LDP VK Liew untuk menyatakan pendiriannya mengenai pengiystiharan yang mencetuskan kontroversi oleh timbalannya Chin Su Phin tiga minggu lalu bahawa parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa.
Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Sabah, Alexander Chee Ket Vui berkata Liew perlu tampil ke hadapan dengan menyatakan pendiriannya berhubung isu ini bagi menyelesaikan kebuntuan politik dan kekeliruan yang timbul di kalangan para penyokong BN.
Beliau berkata Pemuda Gerakan menyokong penuh seruan serupa sebelum itu yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda BN Sabah Mohamad Almin.
"Adalah penting bagi presiden LDP menyegerakan penjelasan beliau…..ini merupakan salah satu jalan penyelesaian terbaik," katanya, menambah jawapan oleh pemimpin LDP sebelum itu akan membantu "memulihkan keyakinan, perpaduan dan kerjasama di kalangan BN" berhubung isu LDP.
Tuntutan Pemuda Gerakan bersama Pemuda BN Sabah berikutan kenyataan oleh Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, bahawa parti komponen BN Sabah perlu mengenepikan perbezaan sesama mereka dan sebaliknya saling bekerjasama.
Tawaran kerjasama semula
Bagaimanapun, Chee tidak termakan dengan tawaran kerjasama semula oleh Liew dengan kesemua parti komponen BN.
"Kesemua gerakan pemuda parti komponen BN mempunyai hubungan yang baik di antara satu sama lain dan tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sehingga timbalan presiden LDP membuat kenyataan yang kontroversi itu," terang Chee.
LDP tidak pernah menyatakan pihaknya telah hilang keyakinan dengan parti pemerintah tetapi hanya terhadap Musa sebagai ketua menteri dan pengerusi BN kerana tadbir urus yang tidak memuaskan.
Beberapa pemimpin LDP termasuk naib presiden Peter Pang, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan, termasuk Isaac Pang menentang pengisytiharan Chin dan bertindak keluar parti.
Kejadian terbaru ini dimanipulasi oleh pucuk pimpinan BN di negeri itu, menurut para pemerhati.
"Musa tidak akan membiarkan peristiwa ini berlalu begitu sahaja tanpa memaksa pimpinan LDP dan Chong Kah Ket, bekas ketua menteri Sabah yang merupakan nominee Musa, menarik balik kata-katanya dan melutut kepadanya.
"Kesemua budak-budaknya sedang beratur untuk mengkritik LDP bagi mendapat keyakinan beliau," kata seorang ahli parti komponen BN yang enggan disebut namanya.
26 ulasan:
LDP perlulah bersatu dan bekerjasama dengan kerajaan Sabah. Lupakan kepentingan diri untuk kebaikan rakyat.
Semua parti komponen BN perlulah berjuang bersama untuk mencapai matlamat, iaitu memimpin negeri Sabah ke arah kemajuan.
setiap parti komponen BN perlu bekerjasama bagi kebaikan semua pihak. yang penting adalah kepentingan rakyat perlu diutamakan.
LDP sebagai ahli komponen BN sahrusnya bekerjasama dgn Musa Aman selaku ketua BN Sabah. masalah boleh diselesaikan dgn cara baik. utamakan perjuangan parti untuk membela nasib rkyat.
Gerakan cabar LDP? jadi apa LDP mahu buat sekarang. Macammana dengan masalah yang berlaku antara Chin dan Datuk Musa Aman. Harap penyelesaian dapat ditemukan bagi menyelesaikan pertelingkahan ini.
jika semua parti komponen BN di Sabah berpendirian sama seperti LDP, maknanya pendirian LDP itu merupakan keputusan yang tepat. tetapi jika hanya LDP yang berpendirian seperti itu manakala parti komponen yang lain memberikan sokongan penuh kepada KM Sabah, ini bermakna KM Sabah dipihak yang benar. jadi LDP perlu ubah pendirian itu dan jangan terpengaruh dengan mana2 pihak yang cuba mencetuskan sengketa terhadap KM Sabah.
jangan disebabkan isu ini, BN Sabah ketinggalan dalam arus persaingan politik yang semakin deras menuju PRU13. selesaikan krisis ini dan LDP perlu bertolak ansur jika masih mahu melihat BN menerajui kerajaan Sabah..
Saya rasa lebih baik LDP meminta maaf dengan Datuk Musa dan juga menarik balik kata-kata yang menyatkan bahawa LDP tidak akan berkerjasama dengan Datuk Musa tapi akan masih dengan UMNO dan Perdana menteri. Seharusnya LDP lebih profesional bagi menangani masalah sebegini dan bukannya mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Saya kecewa dengan apa yang berlaku dengan komponen BN. Tapi ketua LDP haruslah memberikan lebih penjelasan berkenaan masalah itu. Kerana timbalannya bertindak dengan tidak memikirkan hubungan dengan kompenan yang lain. Harap pertanyaan yang bermain di minda orang ramai akan terjawap sekiranya presiden LPD memberikan penjelasan yang sebenar.
bekerjasama adalah lebih baik. kerjasama yang erat akan menjadikan BN lebih kuat dan kukuh di Sabah.
Semua parti komponen perlu bekerja sama dan memberi komitmen tinggi untuk mencapai matlamat.
pendirian LDP untuk tidak bekerjasama lagi dgn Musa Aman tidak mendapat sokongan parti lain dan juga ahlinya sendiri, LDP harus lebih rasional dan teruskan bekerjasama dgn Musa Aman selaku ketua BN Sabah. tindakan LDP hnya merugikan diri mereka sendiri.
memang LDP perlu menyatakan pendiriannya dengan lebih jelas..ini bagi menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan parti2 komponen BN lain dan juga ahli LDP itu sendiri..
LDP seharusnya mengamalkan prinsip BN iaitu perundingan dalam keluarga BN bagi menyelesaikan sebarang isu dalaman parti seperti yang dikatakan oleh PM sendiri..nasihat PM seharusnya diambil bukan sahaja LDP malah semua parti komponen dalam BN..
seharusnya kepentingan serta imej parti secara keseluruhan harus dijaga dan dipertahankan oleh semua ahli..tetapi apa yang dilakukan oleh Chin sebelum ini telah mencemarkan imej BN serta KM sabah..
semua parti komponen BN negeri haruslah bekerjasama antara satu sama lain mengukuhkan kedudukan BN di Sabah..isu individu seharusnya tidak menjadi fokus perjuangan mana2 parti komponen tetapi seharusnya isu rakyat didahulukan seiring dengan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'..
diharap apa yang baik dikekalkan baik, dan yang tidak baik diperbaiki..rakyat sentiasa percaya bahawa kerajaan negeri Sabah akan terus memperjuangkan nasib dan hak rakyat negeri sabah..
harus diingat oleh semua parti komponen BN negeri bahawa muafakat membawa berkat..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..
Kerjasama erat diperlukan antara parti-parti dalam BN. Sebagai sebahagian dari BN, LDP patut lebih bertolak ansur dan bersabar sebelum membuat apa-apa tindakan.
Semua parti komponen BN perlu menyokong KM supaya tidak diambil kesempatan oleh pembangkang menggunakan isu ini menyerang BN.
Jangan lagi memburukan keadaan dengan cabar mencabar. Sejukan perasaan dahulu, baru fikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan persengketaan.
Bagi lah kerjasama. Jangan terlalu emosi, nanti tambah teruk pula keadaan ni.
Semua komponen parti BN harus bersatu dan berjuang bersama-sama. Jangan rosakan kesatuan yang telah terjalin sekian lama.
Saya tak nafikan, takda yang sempurna didunia ini. Namun, jika ada kesungguhan setiap masalah yang timbul pasti dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan. So fikirlah secara matang dan buatlah apa yang patut.
cabar mencabar tu janganlah dipanjangkan. Lebih baik usahakanutk selesaikan hal ni. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, so kaji sebab tu dan perbaikilah apa yang patut.
Apapun saya doakan agar semuanya berakhir dengan baik. Pastikan keadaan politik di Sabah kekal harmoni:)
Catat Ulasan