Isnin, 6 September 2010

Polis guna CCTV kawal jenayah dan kesesakan sepanjang perayaan

SINAR HARIAN ONLINE

KOTA BAHARU - Polis akan menggunakan pelbagai pendekatan berkesan termasuk menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawal kesesakan lalu lintas dan jenayah jalanan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kota Baharu, Deputi Superintendan Che Noh Che Pa berkata, pihaknya telah mengenalpasti 16 lokasi strategik terutama di pusat bandar ini yang akan mengalami kesesakan berikutan orang ramai pulang untuk menyambut Hari Raya.

"Kita akan sedaya upaya berusaha mengatur strategi dalam usaha membendung masalah kesesakan dan kemungkinan kejadian jenayah jalanan sepanjang musim perayaan ini," katanya.

Tiada ulasan: