Khamis, 30 September 2010

Kertas siasatan kes Namewee dihantar ke peguam negara seminggu lalu

BERNAMA

CYBERJAYA – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kertas siasatan berkaitan kes Namewee sudah dikemukakan kepada Peguam Negara seminggu yang lalu.

“Ia melibatkan beberapa kes berkaitan termasuk kes guru di Johor,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Terima Kasih Jawatankuasa Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-53, Tahun 2010 di sini.

Beliau yakin Peguam Negara akan menggunakan kebijaksanaan dalam menjalankan pendakwaan berkaitan kes ini.

“Jadi ia (kes ini) sudah lepas di tangan kami. Kertas siasatan sudah siap dan sudah diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Ditanya tentang pelancaran album oleh Namewee pada Selasa lepas, Rais berkata: “Jika beliau mewujudkan kes baru, maka siasatan baru akan dibuat dan sekali lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh membuat sedemikian tetapi Peguam Negara bertanggungjawab kepada masyarakat menentukan apa yang harus dibuat.”

8 ulasan:

Kurt berkata...

Bilakah hukuman 2 guru besar yang racis itu ditentukan?

Tanpa Nama berkata...

mana2 pihak yang bersikap racis perlu diambil tindakan tak kira siapa dia.

Bujang Senang berkata...

Peguam mesti meneliti dengan betul kertas siasatan terhadap kes Namewee itu.

samm berkata...

tindakan wajar dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman.

Unknown berkata...

If we see in a different angle, what did he said are quite true... just take is as a lesson...

Tanpa Nama berkata...

untuk lebih adil dan bagi memuaskan semua pihak, pastikan tidak ada yang terlepas dari undang2 termasuk 2 guru yang terlibat. diharapkan tidak ada pihak yang campur tangan dalam hal ini yang bertujuan untuk melindungi mana2 individu yang terlibat.

Anak Sabah berkata...

Tiada guna menghukum NameWee jika kedua-dua gurubesar yang bersifat racis itu tidak dijatuhkan hukuman. Jika membiarkan sahaja perkara ini, dijangka ada lebih banyak isu yang sama akan berlaku.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan kerajaan akan menangani kes ini secara adil. Gurubesar itu tidak sepatutnya dibiarkan tanpa apa-apa tindakan. Kes ini bermula bila gurubesar ini mengeluarkan kenyataan racis, ini mencetus kemarahan NameWee dan mendorongnya membuat video tersebut. Jika kerajaan menangani perkara ini dari awal, maka perkara ini tidak akan menjadi rumit.