Abdul Rahim Sabri |
Daripada 18 cabang yang telah bermesyuarat sejak semalam, Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendahului di depan dengan lapan pencalonan.
Shamsul mendapat pencalonan daripada tiga cabang di Sabah, tiga di Kedah dan masing-masing satu di Kelantan dan Pahang.
Manakala tiga lagi naib presiden pada masa ini Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Lee Boon Chye mendapat enam pencalonan.
Turut mendapat jumlah yang sama Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.
Selain itu, calon yang turut melayakkan diri setelah mendapat dua pencalonan minimum ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (4), Naib Presiden Jeffry Kitingan (3), Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (2), anggota biro politik Chua Jui Meng (2), Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim dan ahli majlis pimpinan pusat PKR Ansari Abdullah (2).
Manakala Pengarah Strategik PKR Tian Chua, ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, ahli parlimen Padang Serai P Gobalakhrisnan dan Senator Zamry Yusof dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam masih belum layak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan