KENINGAU: Kira-kira 1000 penduduk yang tinggal di pesisir Banjaran Crocker, mengeluh kerana tidak dapat menikmati kemudahan jalur lebar sebagaimana yang diwar-warkan.“Kami hanya pendengar dan pemerhati setia kepada kemudahan itu,” jelas Pengerusi JKKK Kg. Keritan Ulu,Koro Puar.
Koro memberitahu, penduduk yang tinggal di empat buah kampung iaitu Keritan Ulu, Talipok Baru, Senagang Ulu dan Senagang Tengah seolah-olah terpisah daripada dunia luar, ekoran tidak mendapat sebarang liputan telefon selular.
“Penduduk tidak mendapat sebarang akses daripada mana-mana liputan selular,” dedahnya dan menambah, untuk akses internet sesuatu yang menjadi impian rata-rata pelajar di kampung-kampung tersebut.
Keempat-empat kampung ini mengungsi di pesisir Banjaran Crocker, dan terpisah daripada sebarang kemudahan rangkaian telefon.
Pengerusi JKKK itu memberitahu, penduduk yang tinggal di tiga buah kampung seperti Keritan Ulu, Talipok Baru dan Senagang Ulu, hidup bagaikan terpisah daripada dunia luar kerana tidak boleh dihubungi sebarang kemudahan telefon.
Sebuah bangunan sekolah kerajaan beroperasi di Kg. Senagang Ulu, yang terletak dua kM dari Kg. Keritan Ulu turut menghadapi masalah untuk melakukan sebarang akses internet.
Sehubungan dengan itu Koro mencadangkan kepada kerajaan supaya talian komunikasi dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk di empat buah kampung itu.
“Kami bersedia untuk menawarkan kawasan tapak pembinaan menara pemancar,” katanya kepada wartawan dalam satu temu ramah di sini.
Rata-rata penduduk di sini merupakan golongan petani dan terdiri daripada suku kaum Murut dan Dusun.
21 ulasan:
harap talian komunikasi dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk...
kawsan kampung tersebut terlalu jauh d pedalaman, jadi sukar untuk talian sampai ke kawasan tersebut, apapun, kerajaan akan berusaha juga untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada penduduk.
Diharapkan sesuatu akan dilakukan untuk membangunkan talian komunikasi supaya mereka dapat menikmati kemudahan jalur lebar.
Mereka dah bersedia untuk menawarkan kawasan tapak pembinaan menara pemancar. Oleh itu, kerajaan harus melakukan sesuatu.
Rebut peluang yang ada syarikat2 telco Msia!
Kerajaan janganlah terlupa keperluan mereka. Harap dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
Syukur di kampung ku ada sudah :) hehe
Kesian juga lah penduduk yang belum menikmati jalur lebar ni.. Mesti dorang terasa dipinggirkan. huhuhu
Sabar ya, dapat juga tu nanti.
Saya harap hal ni diberi perhatian sewajarnya. Jangan tunggu sampai isu ni dipolitikkan, nanti tambah teruk pula keadaan.
Semoga semua penduduk di seleruh pelusuk Sabah terutamanya di kawasan pedalaman dapat akses internet. Boleh juga berFB. hahhahaa
Good luck to Gov. Pastikan rakyat dapat menikmati kemudahan ni dalam masa yg terdekat ya :)
Kawasan pedalaman seperti inilah yang sepatutnya dapat diberi perhatian untuk mendapatkan kemudahan yang dapat disediakan oleh kerajaan.
Permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan akses internet dan liputan telefon selular adalah perkara yang paling penting terutamanya bagi tujuan kegunaan pembelajaran.
Diharapkan perkara ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dimajukan. Selain itu juga sosioekonomi penduduk kampung harap dapat difikirkan, seperti dengan menyalurkan pelbagai projek2 pertanian atau sebagainya yang dapat membantu terutamanya penduduk miskin.
Semoga pada satu hari nanti, semua rakyat di seluruh Sabah boleh menikmati kemudahan jalur lebar dan perkhidmatan Internet supaya dapat meningkatkan kualiti kehidupan semua.
Kerajaan dan pihak tertentu akan mmembuat perancangan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk yang menghadapi masalah tidak dapat kemudahan jalur lebar.
mungkin dengan masalah ini kerajaan akan menaiktarafkan pencawang pemancar untuk memudahkan penduduk ini memdapat kemudahan untuk liputan selular dan jalur lebar. Harap kekurangan yang mereka hadapi ini akan dapat diselesaikan.
apa pun masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh penduduk haruslah disuarakan. semoga kerajaan akan memberikan sesuatu penyelesaian yang terbaik untuk penduduk yang memerlukan pertolongan ini.
Alangkah bagusnya, sehingga penduduk kampung itu sanggup menawarkan tapak untuk pemancar dibina. Begitu kita dapat rasakan penduduk sangat memerlukan kemudahan tersebut sehingga sanggup menawarkan kawasan bagi tempat meletakkan pemancar tersebut. Oleh itu, kita sebagai pihak kerajaan harus memikirkan semua ini untuk keperluan rakyat.
tidak ada alasan kemudahan jalur lebar tidak dapat dibangunkan di kawasan berkenaan memandangkan penduduka kampung sudah menawarkan tapak untuk membina menara pemancar.
1000 orang pendudukan bukan satu jumlah yang sedikit, permintaan mereka wajar diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan memandangkan jalur lebar juga merupakan salah satu keperluan asas masa kini.
Catat Ulasan