SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua supaya diskaun Bumiputera dimansuhkan dalam pembelian rumah adalah bagi hartanah bernilai RM500,000 ke atas.
Beliau berkata Pua tidak mencadangkan pemansuhan diskaun bagi pembelian rumah kos rendah atau mampu milik dalam lingkungan RM250,000 seunit.
Ditanya sama ada cadangan itu akan diambil kira dalam pembentangan bajet negeri bagi 2011, Abdul Khalid berkata: “Kalau setuju akan ditulis dalam ucapan bajet, kalau tak ada, kita diam sahaja.”
Katanya, cadangan Pua itu ada rasionalnya kerana jika berhasrat membantu mereka yang kurang berkemampuan, diskaun tersebut perlu ditumpukan kepada golongan berkenaan.
“Kedua, antara sebab dia (Pua) katakan (perkara) tersebut, kalau diskaun tujuh peratus untuk rumah RM1 juta, orang itu akan dapat diskaun RM70,000.
“Kalau dia beli rumah tu kemudian jual pada harga pasaran, dia sudah dapat RM70,000 atau kurang sedikit,” katanya selepas penutupan Majlis Dialog Bajet 2011 Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid (gambar) berkata kerajaan negeri mendapati urusniaga sedemikian telahpun berlaku.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Dana Program Ramadan di Gaza anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama gabungan badan bukan kerajaan Malaysia.
Katanya, program itu dijangka dapat mengumpul dana sebanyak RM3 juta dan sebagai permulaan, kerajaan negeri memberikan sumbangan berjumlah RM500,000.
Kutipan derma juga akan dilakukan pada setiap solat Jumaat, selain mengharapkan sumbangan daripada syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri.
Beliau berkata hasil kutipan dalam bentuk makanan, minuman, ubat-ubatan dan bahan pendidikan akan dihantar ke ke Gaza melalui misi yang disertai 40 aktivis diketuai Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahron.
Mereka akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 6 Ogos ini dan kembali ke tanah air pada 18 Ogos.
1 ulasan:
Apa lagi, bangunlah ahli Parlimen melayu di Selangor. Beranikan diri, jangan tunduk dan hangguk macam Khalid Gagap saja. Takut apa dengan cina, lawan tetap lawan! Bagi cadangan supaya status kewarganegaraan cina ni ditarik balik. Biar depa merempat, baru ada akai.. Payah betul lantik ahli parlimen butal sejarah, ada MB bukan takat gagap, bodoh sejarah dan langsung tak pertahankan hak melayu. Melayu macamni ka kita nak harap? Sikit-sikit bagi kat cina, last2 apa yang kita ada?
Catat Ulasan