Ahad, 14 Mac 2010

Pemuda Pas akan serah memo kepada Kedutaan Sweden

SINAR HARIAN AONLINE


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas semalam mengutuk tindakan sebuah akhbar Sweden :Dagens Nyther :yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat semalam, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, bahawa pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden Jumaat ini.

“Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah SAW.

“Saya mengajak seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik turun bersama-sama menzahirkan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.

Sebuah akhbar Sweden sebelum ini dilaporkan menyiarkan karikatur Nabi Muhammad yang seakan-akan menghina Baginda.

Tiada ulasan: