Selasa, 16 Mac 2010

Pakatan ucap tahniah kepada Chong Wei

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menjuarai Kejohanan Badminton All England semalam.

"Saya mewakili Pakatan Rakyat mengucapkan tahniah kepada Lee Chong Wei dan jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kerana telah menunjukkan usaha berpasukan untuk merangkul juara.

"Saya harap Chong Wei terus menempah nama di kejohanan akan datang khususnya untuk Sukan Olimpik nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan di Parlimen, petang tadi.

Chong Wei menjuarai All England, kejohanan badminton tertua di dunia yang menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini, buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham dengan keputusan 21-19, 21-19.

Tiada ulasan: