TV SELANGOR
SHAH ALAMC - Adakah Teoh Beng Hock dicampak atau terjun sendiri?
Jawapan Ketua Bahagian Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohd Noor ketika disoal balas Malik Imtiaz Sarwar perbicaraan pada Inkues Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, hampir mengesahkan teori Dr Prontip.
Menjawab soalan peguam keluarga Beng Hock itu, Dr Shahidan, saksi ke-31 kes itu menyatakan beliau bersetuju wujud kemungkinan Beng Hock tidak sedarkan diri akibat dicekik atau dijerut sebelum dicampak dari pejabat SPRM.
"Doktor(Shahidan) seakan bersetuju yang kita boleh melihat kecederaan di bahagian depan leher adalah disebabkan perkara berbeza dengan kecederaan di kolum spinal. Kecederaan di kolum spinal adalah disebabkan terjatuh (dari tempat tinggi) tetapi dia tak sanggup mengatakan itu adalah sebab kecederaan di bahagian depan leher,"katanya.
Perkembangan ini membuka kembali teori bahawa Teoh telah diseksa sehingga pengsan semasa disoal siasat dan bukannya terjun dengan kerelaannya sendiri sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
"Sebagai contoh, (keadaan) matanya dan arteri karotid mendiang semuanya menunjukkan persoalan kekurangan darah ke otak. Dan doktor telah menerima yang jika otak kekurangan oksigen, kemungkinan yang berlaku ialah tidak sedarkan diri dan pengsan,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan