MALAYSIA KINI | ||
|
Kedua-dua harian tersebut memuatkan berita tentang perkara tersebut sebagai laporan halaman depan hari ini.
China Press pula menyebut "ikan besar", seseorang yang berkedudukan, akan ditahan hari ini tetapi ia tidak menamakan individu tersebut.
Bagaimanapun laporan tersebut memuatkan imej hitam yang membayangkan bentuk badan Tiong.
Semakan Malaysiakini mendedahkan bahawa Tiong, seorang ahli perniagaan dari Sarawak, kini berada di luar negara dan tidak dapat dipastikan bila akan kembali ke tanahair.
Beliau mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai pemaju projek kontroversi tersebut, Kuala Dimensi Sdn Bhd.
Sejak Khamis lalu, empat orang yang terlibat dalam projek itu - termasuk pengurus besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) Datin Paduka OC Phang - dihadapkan di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan tuntutan palsu berjumlah ratusan juta ringgit.
Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, kemudian yang menyebut lebih ramai akan didakwa dalam skandal tersebut mendorong spekulasi bahawa Tiong dan bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy turut diseret ke muka pengadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan