Khamis, 17 Disember 2009

Stesen KTM Sentul Ditutup Sementara

BERNAMA



KUALA LUMPUR: Stesen Komuter Sentul akan ditutup buat sementara waktu dari 18 hingga 20 Disember ini bagi pelaksanaan kerja-kerja fasa Projek Landasan Berkembar Sentul-Batu Caves.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ekoran penutupan operasi sementara itu, laluan KTM Pelabuhan Klang-Sentul akan hanya beroperasi di Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur sahaja.

"Sebagai alternatif, KTM menyediakan perkhidmatan bas shuttle Sentul-Kuala Lumpur-Kuala Lumpur Sentral untuk kemudahan orang ramai dengan kekerapan setiap 15 minit.

"Bas akan mengambil dan menurunkan penumpang di pintu masuk Stesen KTM Sentul, Stesen Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Sentral," menurut kenyataan itu.

Hubungi pusat panggilan KTMB untuk maklumat lanjut di talian 03-22671200.

Tiada ulasan: