Khamis, 10 Disember 2009

Sistem tempahan MAS menerusi telefon bimbit

SINAR HARIAN ONLINE


Malaysia Airlines (MAS) melancarkan MHmbile-flymas.mobi, sistem tempahan menerusi telefon bimbit paling komprehensif di dunia.

Ia dibangunkan bersama SITA Lab bagi menawarkan lebih banyak pilihan dan keselesaan kepada 14 juta penumpang syarikat penerbangan itu yang membolehkan mereka membuat tempahan, bayaran dan daftar masuk serta menaiki pesawat menggunakan telefon bimbit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata, sebagai syarikat penerbangan global, MAS memahami kepentingan menerapkan teknologi baru bagi memastikan penumpang menikmati perkhidmatan lebih baik.

“Kami tidak mahu membiarkan laman web semata-mata penggunaan baru melalui telefon mudah alih, namun mewujudkan tawaran berdasarkan aplikasi web lebih mudah tanpa memerlukan pengguna memuat turun,” katanya.

MHMobile-flymas.mobi juga adalah aplikasi penerbangan bergerak pertama yang menghubungkan tempahan ke Facebook, Triplt dan Doppir bagi memudahkan kenalan dan rakan sekerja dimaklumkan mengenai pelan perjalanan masing-masing.

Sempena pelancaran, penumpang yang menempah tiket kelas pertama atau kelas perniagaan melalui kemudahan berkenaan akan mendapat iPhone percuma.

Tawaran sehingga 31 Disember itu turut memberi ganjaran kepada penumpang kelas ekonomi memenangi sepuluh iPhone melalui cabutan bertuah.

Tiada ulasan: