Selasa, 1 Disember 2009

Ronnie: Isu Di Pasir Penambang, Noh Cuba Jadi Batu Api

TV SELANGOR


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri noh Omar dilihat cuba menimbulkan sentimen perkauman semasa sesi dialog bersama penduduk di Pasir Penambang semalam.

Exco kerajaan negeri, Ronni Liu menyifatkan Noh sebagai batu api apabila membawa pengikutnya untuk membuat kacau dalam sesi berkenaan ketika beliau cuba memberi penerangan kepada penduduk.

Ronnie berkata, beliau menghadiri sesi dialog berkenaan atas jemputan Noh, bagaimanapun beliau cuba dihalang ketika memberikan penjelasan kepada penduduk apabila pengikut Noh yang membawa bendera Barisan Nasional membuat bising.

“Dia batu api, dia yang menjemput saya tetapi cara dia tidak betul dengan memanggil semua kawan dia membawa bendera BN dan meminta mereka membuat bising. Setiap kali kita memberi penjelasan orang dia buat kacau,”katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kejadian perang mulut yang tercetus antara beliau dan Noh semasa sesi dialog berkenaan semalam.

Bercakap kepada wartawan semalam, Noh mendakwa kerajaan negeri cuba menjadi jaguh dalam isu pembinaan semula empat rumah setinggan di situ.

Ronnie sebaliknya menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan kerajaan negeri sebaliknya sedang mencari jalan penyelesaian terbaik kepada kedua-dua pihak iaitu penduduk dan pihak tokong.

Katanya kerajaan negeri tetap akan menjamin kepentingan semua pihak dan bersifat neutral dalam hal ini.

“Dia membuat satu kesilapan yang besar apabila bersetuju bagi tanah untuk tokong dan keluarga terlibat, dia silap kerana tidak mengenalpasti tapak yang sesuai. Jadi satu kekeliruan telah berlaku.

“Kerajaan negeri cuba mmeperbetulkan situais itu tetapi nampaknya Noh mahu campurtangan menjadi batu api. Kerajaan negeri akan menjamin semua kepentingan pihak akan dijaga,”katanya.

Ronnie berkata, projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di kawasan perkenaan akan diteruskan dan kerajaan negeri sedia memberikan bantuan.

Katanya, isu ini turut akan dibawa ke adalam mesyuarat minggu Exco rabu ini.

Tiada ulasan: