Rabu, 9 Disember 2009

Prosiding Inkues Beng Hock Ditangguh Ke 17 Dis.

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR - Prosiding inkues bagi menyiasat kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang sepatutnya didengar di Mahkamah Majistret Shah Alam esok ditangguhkan ke 17 Disember.

Peguam Gobind Singh Deo, mewakili keluarga Teoh, dalam kenyataannya hari ini berkata penangguhan itu dibuat bagi menunggu laporan bedah siasat mayat Teoh disiapkan oleh pakar patologi dari Hospital Sungai Buloh.

Pada 22 November lalu, sekumpulan pakar patologi di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB) yang diketuai Ketua Unit Patologi HSB, Dr Shahidan Md Noor selesai melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang digali semula sehari sebelum itu.

Mayat Teoh dikebumikan semula pada 24 November di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu, beberapa jam selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Tiada ulasan: